Hai Selamat hari raya, saya ucapkan kepada semua rakan & taulan. (:
Okay, mula-mula time nak masuk bulan puasa, terasa agak lambat walaupun sebenarnya cepat. Tapi bila dah masuk 1st day puasa, tup tup tip tap tup tap dah RAYA!!
WHAT??! Ya Allah, sekejapnya. Terasa tak puas lagi buat amal ibadah dalam bulan Ramadhan. Setahun sekali jek, tapi dah habis dah :(
Tapi takpa, kita kena raikan hari kemenangan dengan penuh kesyukuran, bukan dengan berlebih-lebihan.
Nak tau tak, tahun ni first time seumur hidup aku selama 20 tahun 8 bulan ni, aku pergi SOLAT SUNAT AIDILFITRI :) Kau orang semua mesti tiap2 tahun pergi kan. Aku ni, baru lah nak belajar pergi masjid sembahyang raya. Kalau tak dulu bangun pagi jek tolong mama kat dapur siap2 pakai baju cantik, mekap. Ish, tak matang, tak matang ;P
Tiap2 tahun kakak aku ajak pergi ngan dia, tp aku tolak.. ish3 T_T
Okey, memang rasa bersyukur sebab dapat merasa solat sunat hari raya. Aku sembahyang dekat masjid Melaka, dekat MITC tu. Tak tau apa namanya. Tepat pukul 7.45am kami (family) sampai kat masjid. Parking lengang, tp abg ipar aku park tepi jalan, tak masuk area masjid. Aku yg tak pernah tau suasana pagi raya kat masjid pun tanya lah kenapa park jauh, kan dalam banyak kosong?
Papa cakap nanti kereta banyak, kalau park dalam susah nk keluar nanti. Aku pun ooooooooooo... :)
Lepas sembahyang raya, balik rumah, tukar baju raya, siap2 pakai cantik2, then makan. Lepas makan baru salam raya, tangkap2 gambar.
Sobs, sedih time bermaaf-maafan ngan papa, semua ni mama la start nangis dlu, sedih tau T__T
Ngan mama pulak, Halalkan makan minum pika ye papa mama. [:
Selepas, hehehe.
Our family,
Bestnya Ajim dapat baju dari Nenda.. (:
Saudara-mara..
Ni lauk mama masak, all by herself. Aku tolong sediakan rencah aje..
Nak dijadikan cerita, pada Jumaat 2 hari sebelum raya, Zarif Hazim (anak buah aku yg kecik yg pegang baju Smurf Oren tu) demam, muntah2, cirit birit. Sebab Khamis semalamnya tu aku, mama n kak Ita pergi Alam Sentral shopping2, bawak Ajim, tgn dia mungkin kotor then masuk mulut, so kuman lah kan. Lepas tu pagi Sabtu kakak aku bwk dia pergi klinik, muntah2 dah takde tapi still cirit-birit sampai melecet celah kelampang dia.. Sian, macam kesan terbakar. Sebab asid kan najis tu. Pakai pampers pulak tu.
So malam hari raya pertaman tu (Ahad malam), makin teruk Ajim berak2, kakak aku bawak dia pergi Hospital Pantai. Dia kena tahan wad. Kena masuk air..
Sian dia kan kena tahan wad. Tapi bagus jugak, at least dia dijaga rapi & cepat sembuh. Doc cakap dia kena VIRUS ROTA. Nasib baik kakak aku cepat bawak hospital, sebab virus ni boleh membunuh. Astaghfirullah....Time kitorang datang melawat dia, bukan main suka lagi dia.. Happy dpt jumpa kitorang. lagi2 tangan dia kena balut tu, dia cakap macam robot Transformers, boleh tembak2. hehe. Yang penting dia dah sihat sekarang. Alhamdulillah. (:
Raya tahun ni memang bermakna dari sebelum2 ni. Dapat nikmati banyak pengalaman pahit manis. ^_^
No comments:
Post a Comment