Total Pageviews

Thursday, June 27, 2013

Hargai.

Entry kali ni pulak pasal HARGAI.
Okay, apa yang kita semua faham tentang term hargai ni?
Bila kita sebut pasal hargai je, mesti automatik kita fikir pasal cinta. Betul tak?

Eh, tak semestinya hargai tu berkaitan dengan cinta. Selain cinta banyak lagi. Hargai diri sendiri, keluarga, masyarakat.
Sebut pasal hargai diri sendiri, pernah tak kita hargai diri kita sendiri?
Dan macam mana cara kita hargai diri kita sendiri? Dengan pergi saloon & buat manicure kah? Atau dengan pergi shopping berjalan-jalan kah? Atau dengan pergi facial & spa kah?


It depends on diri masing-masing untuk tafsirkan maksud hargai diri sendiri. Bagi aku, cara aku menghargai diri aku sendiri adalah dengan mendekatkan diri aku dengan Allah (kerohanian). Mungkin bagi pandangan korang lain, tapi ni bagi pandangan aku.
Bila umur makin meningkat, timbul rasa kesedaran nak berubah ke arah yang lebih baik.
Yelah, mungkin korang semua dah tau perangai aku sebelum ni macam mana. Perangai susah kita nak ubah, sebab dah memang semulajadi. Tapi cara pemakaian, cara percakapan, cara kita communicate dengan orang, akan berubah juga satu hari nanti mengikut tahap kematangan seseorang.

Berbalik pada soal hargai diri sendiri, selain aku mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta, aku pun hargai diri aku dengan duduk sorang-sorang, muhasabah diri dengan fikir balik segala apa kesalahan & kealpaan yang aku dah lakukan sepanjang aku hidup ni. Masa ni lah aku dapat berfikir balik apa yang patut, apa yang tak patut dibuat. Dan masa ini jugalah aku dah set dekat mind yang aku akan elakkan perkara-perkara tu dari terjadi balik.

Sebenarnya, aku belajar menghargai diri sendiri ni baru je lagi. Kalau dah lama, aku takkan buat benda-benda yang tak sepatutnya. Biasalah, zaman remaja, zaman yang kita rasa seronok buat benda yg 'lagha'. Bila pemikiran dah matang sikit, baru terasa macam bongok nya zaman dulu-dulu. Hew Hew Hew. Tapi aku tak menyesal pun, sebab pengalaman mematangkan kita. Kalau aku tak lalui semua tu, takde lah aku nak duduk sensorang menghargai diri aku sendiri. Ada hikmah semua yang terjadi. Allah Maha Adil. Kan ada pepatah, "Hargailah diri sendiri sebelum kita menghargai orang lain," Its a very deep meaning yaw. Memang deep.

Kita tak boleh terlalu leka dengan benda sekeliling sampai kita terlupa diri sendiri. Bagi kita mungkin keluar lepak tu shopping tu enjoy, rasa macam kita boleh hargai diri kita sendiri. Sebenarnya tu lebih kepada release tension. Lagi kita membuang masa ada lah. Tak muhasabah diri. Ini reminder untuk aku juga, sebab aku jenis macam ni. Once in a while je aku akan muhasabah diri. Tu pun bila duduk sensorang. Biasalah tu kan, bila dah jadi loner, baru nak flashback semua. :P

Dengan kita menghargai diri kita sendiri, semangat / aura positif ni akan datang automatically. Yelah, bila kita dah cuba untuk membuang / meninggalkan perkara negatif, mestilah yang positif ni akan jadi kuat. So dengan ini, kita dapat improve diri kita kearah kebaikan. Weee cikpiqa dah keluar ayat2 skema :P Hewhewhew. Bukan selalu dapat menaip ayat skema ni weyy. :D
Tapi betullah, kalau minda kita dah positif, semangat yg datang tu lain woo. Memang lain.


So, lepas ni aku kenalah kerap menghargai diri sendiri, biar terpelihara sikit. hehe. Tapi jangan jadi selfish pulak! Kalau selfish tu dah jadi lain. Disebabkan kita terlampau nak menjaga diri, sampai orang sekeliling kita abaikan, salah tu. Still kita kena hargai orang sekeliling kita. Mereka lah supporters kita dikala susah senang. Yang ada setiap masa mendengar setiap luahan & masalah kita. Cara kita nak hargai mereka lain pulak. Dengan kasih sayang, wang ringgit, menjaga hati tu paling utama. (Dah macam entry semalam tu, hehe).

Tapi hari ni nak fokus pasal hargai diri sendiri dulu. So thats all from me,
ini je yang mampu aku fikir sekarang ni.
Okay bye, Salam Jumaat semua (: Xoxo.


No comments: