Total Pageviews

Thursday, June 27, 2013

Masa.

Hola! Lama dah tak berblog ni. Byk story yg tak ditaip lagi. Thailand Part 2 & 3 takde lagi, banyak lah. Tak ada MASA.
Biasalah, bila dah akhir zaman ni masa pantas je berlalu kan.

Okay, aku baru je sampai dari Brunei Darussalam. Macam last year, aku pergi ke Brunei pada 30 Jun selama 11 hari, tapi kali ni my trip only for 9 days, 19 Jun 2013-27 Jun 2013. Sekejap sahaja trip kali ni. Last year jugak, masa nak tunggu perlepasan ke KL, duduk sebelah seorang makcik ni, makcik ni memulakan perbualan, borak punya borak sampai lah masuk plane. Tadi pulak, duduk sebelah makcik lain, makcik tu pulak bertanya macam2, hehe. Bila teringat balik , rasa sekejap je masa berlalu. Dah dekat setahun.

Bila aku post dekat twitter pasal doa semua tu, mulalah rakan-rakan baik aku bertanya kenapa. Kenapa apa? Apa yang dah jadi? :O
Haha. Too long to tell, too hard to accept.
Senangnya macam ni lah.
Kebanyakan lelaki, bila dia dah lama dengan gF dia, ada masalah jugak. Masalah apa? Masalah terrrrr...lalu yakin.
Yakin Apa? Yakin yang gF dia ni milik dia sampai bila-bila.
Sebab apa aku cakap macam ni?
Macam ni lah, bila dah rapat, dan rapat terlalu lama, mesti lah bF dia yakin & pasti yang gF dia tu sure akan jadi milik dia punya. So, mulalah si bF ni tak menghargai si gF. Maksud tak menghargai ni, mulalah, ambil ringan segala apa yang gF dia luahkan, buat tak ambil kesah, rasa konfiden je gF dia ni happy disamping dia tanpa perlu bincang apa-apa.

Kenapa aku cakap pasal benda ni ye? the truth is, 3 tahun bukan masa yang singkat. LAMA. Dari taktau apape sampai dah terlampau faham perangai masing-masing macam mana. Tapi masalahnya, bila keluarga tak restu, bila hari-hari ibu bapa doakan untuk kebaikan anaknya, lama-lama Allah akan makbulkan juga. Doa parents kan.

Benda sebenar yang terjadi, Allah sahaja yang tahu. Allah sahaja yg tahu kenapa tiba-tiba pintu hati aku tertutup dekat dia, kenapa secara tiba-tiba semua memori 3 tahun aku dengan dia, bila aku cuba recall balik, terus hambar. Tak ada perasaan. Heartless. Sedih memang sedih, siapa yang sanggup tinggalkan orang yg betul2 sayang kat kita. Kita pun syg dia jugak. Tapi sayang je tak cukup. Pengorbanan. Pengorbanan tu penting. Selama 3 tahun ni Mama Papa banyak kali remind, pesan kat aku. Tapi aku still keras kepala, degil. Bagi aku bila dia sayang aku, aku sayang dia. Cukup.
Bila dah jadi macam ni, baru aku tau pengorbanan tu yg betul-betul penting. Dia? Dia sanggup tak berkorban untuk aku?
Memang dia sanggup, tu pun selepas aku beritahu dia yg aku dah tak ada perasaan dah kat dia.
ITS TOO LATE. Too late for our relationship, but it's not too late for me to support what u're doing rite now.

Sebab tu aku cakap, mostly lelaki ni, bila dah lama dengan gF dia, dia terlalu yakin sampai terlupa nak jaga hati & perasaan gF dia. Bagi certain lelaki, gF dia memahami, dah kenal lama kan, mesti dah kenal perangai masing-masing.
NO. Most of us not like that. Lagi2 hal penting yang melibatkan agama, keluarga.
Kalau hal kecik-kecik gF dia nak amek port, tu lain cerita. Tapi cerita aku sekarang pasal hal agama & keluarga. Lebih setahun aku tunggu. Tapi perancangan Allah itu Maha hebat. Aku percaya ini semua takdir Allah. Sebab, kalau kita ambil sesuatu tindakan, bila datang banyak kebaikan, maksudnya jalan yg kita ambil tu benar. Bila aku dah beri kata putus, bila aku dah beritau mama papa, aku dapat dengar suara mama papa gembira yang amat, sampai aku pun nak menangis dengar. Start dari situ, aku nekad dah, aku tak akan kecewakan mama papa lagi. InshaaAllah...

So, guys out there, yang mana still sayang kt gF, please, take care of their heart. Jangan ambil ringan, jangan ambil remeh. Bila dah terjadi sesuatu baru nak menyesal, baru nak minta maaf. Kalau dapat dekat perempuan yg lembut hati bagi can banyak kali tu rezeki awak lah. :P but as for me, I've given so many chances. tak terkira.

Okay, dah macam mix up pulak entry kali ni. Satu sebab bF tak jaga hati gF dia. Dua sebab restu parents. Restu parents tu amat lah penting. Bercinta lah 7 8 tahun, kalau parents tak restu, tak jadi jugak. Untuk bF & gF yg mana parents restu dah tu, jagalah hubungan memasing. Jangan sampai dah hilang, baru nak hargai. LAMBAT. Untuk kes aku ni, family tak restu + dia tak ambil pusing apa yg penting bg aku. So, sebab tu tak menjadi. Bukan nak blame dia, dia tak salah, cuma dia ambil mudah. Jadi, jangan salahkan aku bila aku dah mula ambil mudah pasal relationship kami. Bila dah terhantuk, baru nak tengadah. Haa kau, peribahasa. :P

Apa apa pun, hargailah satu sama lain. *Agak lama dah benda ni terjadi, cuma aku saja malas nak share. Tiba-tiba td rasa nak je share, sebab malas nak simpan dah*


Btw, thanks for my friends yg sentiasa support aku dikala susah senang. I'm lucky to have & to know u guys. XOXO.

No comments: