Total Pageviews

Saturday, March 30, 2013

Thailand (Day 1)

90 orang student UMP termasuk aku join Program Mobiliti Antarabangsa di Thailand. Weehoo. Excited ni 1st time nak g Thailand, kalau x asek-asek Brunei, Singapore, Brunei, Singapore. huhu.

Ok so Khamis malam, 21 Mac 2013, kami semua berkumpul di JHEPA dulu, lepas tu naik bas masing2. (ada 3 bas; 1 kebudayaan, 1 kesukanan, 1 lain-lain) For sure lah aku n dak2 SPR UMP naik bas lain2. hehe.

Dalam pukul 10 malam bas kami gerak, kul 6 pg selamat sampai di masjid kat Bukit Mertajam. Solat Subuh kat situ, then terus g Wang Kelian. Kul 10 pg sampai kat Wang Kelian, jalan nak ke situ curam seyh. Berbukit-bukit. Stop makan kat situ, macam ada 1 perkampungan Thailand kecik. Tp still dalam Malaysia lagi. Order makan n minum. Lameeee tunggu. dalam 30 minit baru dapat air. aku order air teh o ais. Memang betul2 rasa teh o. Pekat. huhu.

Okey lepas tu sampai lah kami di Imegresen,
sempat suh org tangkap gambar. hehe.

.
Bendera Malaysia, Thailand, Perlis.

Lepas kastam Malaysia, masuk Thailand punya kastam. kat sini lama kena tunggu, tp dalam bas jela. Datang lah makcik2 Thailand jual keropok 3 RM5.. hehe.

Pemandangan dari atas bas.

Lepas segala urusan rasmi (passport lah kan), kami pun gerak ke Pekan Satun,(orang2 Thai melayu panggil Setui).
Sampai pekan dalam kul 12pm waktu Thailand (Thai lambat sejam). Budak2 lelaki g solat Jumaat kt Masjid. Aku, Maam, kak Fina, Syafiqah g carik toilet kat bangunan Municipality. Dalam toilet tu tiba2 seorang makcik cleaner ni cakap Thai dgn aku, aku angguk2 jela konon faham. lepas tu dia keluar, lepas tu dia masuk balik, cakap thai lagi dengan aku. Aku cakap aku ni Malaysia..
terus dia cakap "La awat tak habaq" haha memang kami semua tergelak dalam toilet tu. Yela x sangka beliau pandai berbahasa melayu. hehe.
Jamban dia semua comel2 camni.


Lepas diorang habis solat, kami stop di gerai makan, makan dulu.. tukar duit..

beratur beratur..

dengan adik Syed Firdaus.

Sesi pertukaran duit

Kayo makcik Kayo.

Next, kami tiba di Tammalang Port pada pukul 3 Thailand, sejam stop situ, semayang, tangkap2 gambar. (lagi)


Berseri-seri muka masing2 lepas solat. haha.
Okey, time to go to Kampung Satun!!
bas kami stop di satu lagi jeti . (Naik bot tuuu g jumpa family angkat)
Kami semua naik bot kargo.

Pemandangan atas bot. Bukan selalu dapat naik bot ramai2 camni. :)
Sampai je kat Kampung Tammalang, kami di sapa oleh orang2 kampung yang sangat peramah, baik hati, dan murah dengan senyuman.
Letak beg dekat rumah pakcik ni, pakcik ni cerita tentang asal usul nama Tammalang.
Pakcik ni cakap Kampung ni ada banyak helang, (atas bot pun aku nampak 2 ekor helang tengah terbang), jadi orang2 kampung ni tambat helang. Bila orang tanya apa nama kampung ni, spontan jadi Tammalang, gabungan tambat helang. Lebih kurang macam tu lah yang aku ingat pakcik tu gtau aku.
Seronoknya semua orang kampung cakap utara, sebelum g Thailand ni aku dok prektis nak Wai-wai orang lah, cakap siam lah, last-last bahasa utara jugak :)


Kami pun dibawa ke padang sekolah, adik-adik duk tunggu kiri kanan, dan kalungkan bunga ke leher kami, sepanjang perjalanan nk masuk ke padang tu ada bendera Malaysia & Thailand, terasa dialu-alukan. :)


Aku & Marham dapat 1 family angkat, so kami pun ikut pakcik ni balik rumah dia.. Sampai je rumah dia kami kagum sangat. Rumah batu, bersih, selesa sangat. Duduk borak-borak, pakcik bahasa kan diri dia 'Ayah' , makcik bahasakan diri dia 'Mak'. Comel sungguh. Yela ni 1st time dapat family angkat, excited sikit.
Mak n ayah baik, peramah sgt. Kami dapat 1 bilik comel, katil queen dalam tu. (Nak post gambar tapi rasa x molek pulak, so biarlah dalam simpanan aku jek)
Malam tu mak hidangkan udang Lipan, dengan asam pedas, ulam-ulam..ikan goreng.. Ya Allah sedapnya lauk2 tu..
Mak ayah tolong kupaskan kulit udang lipan kat kami, 1st time gak aku tengok & makan udang lipan. Shocking news nya aku x allergik walau sedikit pun, padahal aku ni memang allergik seafood!
Mungkin sebab terlampau fresh so badan aku boleh terima :D Ayah siap tambah 3 pinggan lagi, mak cakap ayah seronok dpt anak baru. :)
Anak-anak Mak ayah ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang 1st & last dah kahwin, yg no.2 askar, abg 'Aq. Abg 'Aq ada kat rumah tp dia pemalu sgt. Ank mak yg last tu umur 21, tp kawin dah. Kamal nama dia. Malam tu Kamal(Adik) dtg dengan wifey. Wifey dia cantik nyaaaaa. Macam artis Filipin! Tak jemu aku duk tengok muka wife dia. Hehe. Faridah nama dia. Tp Faridah tak reti sgt cakap utara. So agak susah kami nak communicate. Mak pulak x reti sgt cakap siam. :)Malam tu Maksu pun datang dengan anak maksu, Mimie, dengan anak Mimie, Naufan. Bila aku tengok muka Naufan aku teringat kat someone tp aku x pasti siapa. Bila lama2 aku belek, baru aku teringat sebijik muka adik Ijoy. Cuma adik Ijoy 6 tahun, Naufan 3 tahun. dua-dua debab. hehe. Seronok borak-borak dengan family baru. Malam tu memang kami kekenyangan, pukul 9 lebih dah masuk tidur.. Sebab esoknya kena bangun awal, buat playground...

No comments: