Total Pageviews

Monday, August 20, 2012

SELAMAT HARI RAYA!

Hai Selamat hari raya, saya ucapkan kepada semua rakan & taulan. (:
Okay, mula-mula time nak masuk bulan puasa, terasa agak lambat walaupun sebenarnya cepat. Tapi bila dah masuk 1st day puasa, tup tup tip tap tup tap dah RAYA!!

WHAT??! Ya Allah, sekejapnya. Terasa tak puas lagi buat amal ibadah dalam bulan Ramadhan. Setahun sekali jek, tapi dah habis dah :(

Tapi takpa, kita kena raikan hari kemenangan dengan penuh kesyukuran, bukan dengan berlebih-lebihan.

Nak tau tak, tahun ni first time seumur hidup aku selama 20 tahun 8 bulan ni, aku pergi SOLAT SUNAT AIDILFITRI :) Kau orang semua mesti tiap2 tahun pergi kan. Aku ni, baru lah nak belajar pergi masjid sembahyang raya. Kalau tak dulu bangun pagi jek tolong mama kat dapur siap2 pakai baju cantik, mekap. Ish, tak matang, tak matang ;P
Tiap2 tahun kakak aku ajak pergi ngan dia, tp aku tolak.. ish3 T_T

Okey, memang rasa bersyukur sebab dapat merasa solat sunat hari raya. Aku sembahyang dekat masjid Melaka, dekat MITC tu. Tak tau apa namanya. Tepat pukul 7.45am kami (family) sampai kat masjid. Parking lengang, tp abg ipar aku park tepi jalan, tak masuk area masjid. Aku yg tak pernah tau suasana pagi raya kat masjid pun tanya lah kenapa park jauh, kan dalam banyak kosong?

Papa cakap nanti kereta banyak, kalau park dalam susah nk keluar nanti. Aku pun ooooooooooo... :)

Lepas sembahyang raya, balik rumah, tukar baju raya, siap2 pakai cantik2, then makan. Lepas makan baru salam raya, tangkap2 gambar.

Sobs, sedih time bermaaf-maafan ngan papa, semua ni mama la start nangis dlu, sedih tau T__T


Ngan mama pulak, Halalkan makan minum pika ye papa mama. [:

Selepas, hehehe.

Our family,

Bestnya Ajim dapat baju dari Nenda.. (:

Saudara-mara..





Ni lauk mama masak, all by herself. Aku tolong sediakan rencah aje..

Nak dijadikan cerita, pada Jumaat 2 hari sebelum raya, Zarif Hazim (anak buah aku yg kecik yg pegang baju Smurf Oren tu) demam, muntah2, cirit birit. Sebab Khamis semalamnya tu aku, mama n kak Ita pergi Alam Sentral shopping2, bawak Ajim, tgn dia mungkin kotor then masuk mulut, so kuman lah kan. Lepas tu pagi Sabtu kakak aku bwk dia pergi klinik, muntah2 dah takde tapi still cirit-birit sampai melecet celah kelampang dia.. Sian, macam kesan terbakar. Sebab asid kan najis tu. Pakai pampers pulak tu.

So malam hari raya pertaman tu (Ahad malam), makin teruk Ajim berak2, kakak aku bawak dia pergi Hospital Pantai. Dia kena tahan wad. Kena masuk air..







Sian dia kan kena tahan wad. Tapi bagus jugak, at least dia dijaga rapi & cepat sembuh. Doc cakap dia kena VIRUS ROTA. Nasib baik kakak aku cepat bawak hospital, sebab virus ni boleh membunuh. Astaghfirullah....Time kitorang datang melawat dia, bukan main suka lagi dia.. Happy dpt jumpa kitorang. lagi2 tangan dia kena balut tu, dia cakap macam robot Transformers, boleh tembak2. hehe. Yang penting dia dah sihat sekarang. Alhamdulillah. (:

Raya tahun ni memang bermakna dari sebelum2 ni. Dapat nikmati banyak pengalaman pahit manis. ^_^












Sunday, July 22, 2012

BELANJA!

Okay, bila kau orang semua dengar pasal perkataan BELANJA, apa yang kau orang mula-mula sekali fikirkan??

Bagi aku, BELANJA ni satu perkataan yang aku CUKUP-CUKUP BENCI nak dengar.
Semua ni gara-gara bf aku, dia memang pantang kalau aku sebut perkataan BELANJA dekat dia. Sampai dia 'chop' orang-orang Melayu ni memang suka dengan perkataan BELANJA. No offense yeah (:

Sebelum ni, aku pun sikit-sikit suh kawan aku BELANJA, even main-main.. Even aku gurau2, tapi ayat "belanjalah..hehehe.","Kau nak belanja aku ke?" , tu mesti keluar dari mulut aku. Sampai lah aku kenal ngan bf aku ni, bila aku gurau2 suh dia BELANJA aku, dia marah gils babs wa cakap lu..

Bukan dia tak bayarkan makanan aku, dia bayar, cuma dia tak suka aku guna perkataan BELANJA. Yelah, kata bf, haruslah dia yang bayarkan makanan aku time tu kan, so dia cakap tak ada istilah BELANJA-MEMBELANJA ni. Lepas tu dia pesan, kalau dengan kawan2 pun jangan duk sebuk suh diorang BELANJA walaupun niat kita main2 je. Dia kata tak elok perangai macam tu.



Ramai dah kawan2 Melayu kita ni asal contact je, mesti keluar ayat .."Weh, belanja lah aku, kan kita dah lama tak jumpa." .. tak pon, "Kau nak ajak aku minum? Kau nak belanja aku ke??" betul tak guys?? Mesti punya dalam keadaan tak sedar kita sebut perkataan BELANJA ni. Macam dalam pic atas tu lah, cuma org putih je gambar tu, cakap BM :P Aku pun macam tu jugak, cuma sekarang ni dah tak berapa nak sebut lah. (baru aku tau buruknya kalau kita guna ayat camtu kat kawan2 kita)

So, istilah BELANJA ni macam dah jadi habit tau dalam kalangan kita orang2 Melayu ni. Sebab tu lah kita tak sedar keburukan kita sebut ayat BELANJA ni. Orang yang mendengar sampai naik muak dah dengar kita asek2 suh BELANJA je. Naik muakk..

Aku pun, skang ni bila ada member2 aku suh aku BELANJA, memang rasa nak lempang je, tapi tak boleh lah camtu kan, sebab dulu pun aku macam tu. Diorang maybe tak sedar lagi ayat tu sebenarnya tak sopan, so kita tak boleh nak marah orang tak tentu pasal. Sampai skang aku rasa segan bila terlepas cakap suh kwn aku belanja.. T_T

Napa aku asek cakap ORANG MELAYU SAHAJA? Cina? India? Benggali?

SEBAB, setakat ni semua kawan2 aku yg selalu sebut perkataan BELANJA ni adalah orang MELAYU, termasuk AKU! hahaha. Kwn2 India aku ada lah seorang dua asek suh BELANJA, tapi minoriti lah. Yang aku sebut pasal majoriti kan. Jadik jangan lah lepas ni nak kutuk2 aku cakap aku ni tak sedar diri yang aku ni Melayu lah itu lah ini lah.

Well hello, kita kan negara demokrasi, suka hati aku lah nak taip apa dalam ni. hahaha :P

Cuba korang fikir2 kan balik, tak ke annoying bila kawan kita bila call je suh belanja, bila kita nak ajak jumpa je dia suh belanja. Annoying gila beb!! Walaupun kita tak belanja betul2, tapi menyampah kot bila asek dengar dia suh kita BELANJA je. Ingat aku ni anak DATUK ke apa? hahaha.


Lagi satu, cuba kalau kawan kita betul2 nak belanja, kita cakap gurau2 je kan dengan dia. Tapi time jumpa kita bawak kawan2 kita jugak (macam dalam gambar ni kan), tak ke terbatal niat dia nak belanja korang? haa korang jugak yang takde rezeki. Kikiki. Jangan ingat semua orang boleh terima ayat BELANJA tu dengan gurau2. Ada yg anggap benda tu serius, so sama2 lah kita berfikir dengan lebih RASIONAL, okay? ^^

So nak pesan2 sikit lah, kalau boleh kurangkan lah ayat BELANJA bila kita komunikasi dengan kawan2 kita. Nak suh belanja boleh, tp berpada-pada lah, jgn lah setiap kali ajak jumpa setiap kali kau nak suh dia BELANJA kau, walaupon dia tak belanja. Akai ada, pikiaq sendiri baik buruk. Aku cuma nak nasihat je kat korang and kat diri aku sendiri jugak..
Sebab aku tak PERFECT!

So sama2 lah kita mengubah diri kita ke arah lebih baik .. :P

Wassalam (:




Thursday, June 28, 2012

BRUNEI, here I come ^^

Okay, setelah sekian lama x update blog ni.. *tu pun semalam kawan aku cakap dia baca blog aku, baru terdetik nak update balik :P *

Hari ni hari Jumaat, 29 Jun 2012~

Esok Sabtu 30 Jun 2012 , means aku akan pergi BRUNEI! oyeahh..
tak sabar nak jumpa budak2 kecik dua org ni!
okay, now I have to start packing!

Unfortunately, takde luggage untuk aku, (light travel only)

So, aku terpaksa kurangkan baju2 aku yg aku plan nak bawak bertimbun-timbun tuh! (almaklumlah PEREMPUAN) (:

takpe, nak kena bawak begpack and laptop bag. Aduiii.. bag kena berukuran 56cm X 36cm X 23cm !

nak kena ukurlah gamaknya nih. x pasal2 kena tahan x lepas nanti naya aku.
Apape pun, flite aku 12.30pm dari LCCT ke Miri.
Then sampai Miri kakak & abang ipar aku akan jemput aku kat airport sana.. bermalam 1 nite di Miri, dan Ahad nanti baru masuk Brunei.

Hope the plan will go smoothly (:

11 hari aku stay sana.
Lama kot. Kalau g Korea lama2 camtu best gak kn :P
hahaa

Pray for my safe journey guys.
Doakan aku selamat sampai & selamat berjo'oh kat sana :)
Muacks! *yucks*

Friday, March 23, 2012

Jerawat??!!

Okay guys, ni aku nak share 1 story.
Awal bulan 2 time awal2 masuk sem.. aku memang teringin sangat nk beli sabun susu beras yg RM18.. *aku x ingat jenama apa* tp x sempat nk beli sebab busy nk masuk kelas dah kan..
Nak dijadikan cerita aku beli lah sabun susu beras yg RM8 nie.

Tapi sebelum tu aku nak stori sejarah produk2 aku..

Okay untuk pengetahuan semua, kulit aku ni memang sensitif giler.. X boleh suke2 hati nak pakai Olay ke, SimplySiti ke, Himalaya ke, dan mana2 produk yg berkesan bg korg tapi TIDAK BAGI AKU :( Sedih gila siot..
So masa zaman matrix muka aku memang naik jerawat besar2 kat dahi pipi dagu.. memang seram gila aku tgk muka aku sendiri *korg tgk lg la korg ngeri* hahaha.
Time matriks tulah aku try beli Himalaya *lepas dapat elaun RM1100 sem 1 :P*
Okay aku beli produk Himalaya 1 set (pil neem, mask muka, pencuci muka)
Memang excited lah kan sebab produk berjenama, mesti lah berkesan siap ada pil lagi tu..
Mask muka dia kaler hijau lumut tu.. Bila aku pegi toilet org pndg seram2 jer kat aku :P

Tup tup tap tip tup dah dekat 2 bulan aku pakai tapi 1 jerawat pon x kurang ! aishhh memang problem lah kulit muka aku ni, aku beli mahal2 x nak proses pulak! Bukan salah Himalaya tu tapi dalam badan aku x dapat hadam pil n bahan2 kimia tu kot :P

Aku beralih arah ke farmasi.. dan staff tu cadangkan aku pakai Topicil & pencuci muka Acne Aid (sebab staff tu dulu muka bnyk jerawat jugak so aku beli) ,lg pon aku ni mudah terpedaya. hew hew hew.
Okay Topicil ni adalah sejenis ubat racun dan x perlu susah2 nk guna tangan, sebab kita perlu tekapkan jer kat muka.. mcm ni lah rupa Topicil ni.. harga hanya RM36 sahaja. Murah kan??


Acne Aid pulak harga RM10.90 dekat farmasi manakala RM14.90 dekat WATSON. So korang pilih la nk beli kat mana :P Sabun ni pulak tajam.. kalau boleh jgn bernafas time tgh cuci muka korang, kalau x mesti menusuk tajam kt hidung korang dan pedih.. ^^

Macam ni lah rupa sabun Acne Aid tu. Kalau nak guna potong dua/empat biar x kembang sabunnya.

Okay lepas pakai kedua-dua produk ni, alhamdulillah jerawat2 aku yg besar semua hilang x tumbuh dah :)
Tinggal jerawat2 kecik halus2 jer..*still x puas hati sebab x licin* hahaha.
So lepas jer habis matrix aku stop guna dua-dua produk ni..
Apa pulak yang aku guna?? *bertukar-tukar kan?* wink2 ;)

Aku suruh mama tolong simpan air basuhan beras yg kedua untuk aku.. Kan kita basuh beras kan.. kali kedua punya air tu mama simpan dalam jug and bg kat aku..
Aku x terus cuci muka guna air beras tu,aku selawat 3 kali dulu then baru basuh muka aku.
Alhamdulillah memang berkesan. Nampak bersih muka aku..

Tapi tulah bila da masuk hostel macam mana nak dapatkan air beras lg?? masak nasi memang masak tapi jarang-jarang.
Sebab tulah aku beli sabun susu beras ni.. sebab air beras dapat bersihkan muka aku so aku beli..


Dah 3 minggu aku pakai, kat dahi aku dan pipi aku naik balik jerawat halus2!! uwaaaaaaaaaaaaa mama bising suruh aku buang sabun tu sebab x elok kat muka aku..
Skang tgh naik balik jerawat halus dimukaku.. :(
adehh. padah nya aku bertukar2 pencuci muka. kn?
Kalau kulit aku putih bersih x sensitif macam kau orang semua xpelah..^_^
hissyhh

Lepas ni segala recommendation untuk guna bahan2 kimia yg lain aku akan tolak..
S.E.R.I.K .. :)

Tuesday, February 14, 2012

Kuala Gandah & Deerland

Okey, pukul 9 pagi kami dah check out & breakfast dekat Nusa Resraurant.. Lepas tu naik boat balik kat mainland pukul 9.45am.. sedihnya dah nak balik dah,
x puas lagi stay situ..
Then time for souveniers!!
Mama belikan topi utk aku *tapi abg long yg sebok nk pakai*, mama belikan baju + keychain untuk aku jugak. :)
yelah tgh xde duit kan, almaklumlah study lagi, nnt aku dah kerja bolehla aku belikan macam2 untuk mama papa. hehe.
Okey kitorang teruskan perjalanan ke Kuala Gandah, nak tengok GAJAH! :)
dekat Lanchang. Ade la dalam 2 jam perjalanan sebab jauh ke pedalaman.
Akhirnya sampai jugak kat situ, panas terik ... memang panas. Kami amik pas percuma tgk gajah jer.. sebab terlampau ramau orang.

Cube kira ada bape ekor gajah kat tiang ni?? hehe

Kitorang semua dah kelaparan,.. dan TAK ADA CHOICE GERAI UNTUK MAKAN!
hanya ada 1 jer . bayangkanlah kalau dah ramai orang, kedai makan pulak satu, sure penoh kn?? @_@

Dengan penuh kebuluran, kami semua pergi ker Deerland, dgn harapan dapatlah makan dulu sebelum masuk. dah pukul 3.45pm, x lunch lagi!
Malang lagi sekali, kedai2 makan TUTUP! what???
Mati lagi T__T

So teruskan jelah melawat rusa2 kt situ... *terus kurang rasa lapar*
WELCOME TO DEERLAND :D


okey, pengalaman pertama aku bg makan kat Ostrich. Untuk pengetahuan korang, ostrich ni seuka mematuk, tapi amatlah x tajam paruhnya itu.. comel sgt, mata dia cantik!! adore it :)

Unfortunately, x ada dalam my laptop pic aku tgh feed ostrich tu! tp ada dlm hp my brother. Rugi x save dalam nie. @_@

Next, sesi memegang rusa, Zahin Hadif sgt suka haiwan2 ^__^


Kemudian, sesi kami memegang ular .. :) berat tau x ular tu.. lenguh bahu, nasib baik dia sejuk .. ^^


okey, mama papa pulak membelai ular kuning nie. hehe.


turn baby Hazim pulak pegang Chempelai. busuk macam skunk!! Hazim ingat kucing, sebab tulah dia berani pegang, kalau tak, jgn harap lah....



begitulah cerita percutian kami sekeluarga.. yg indah :) walaupun kami bercuti dalam Malaysia saja, tapi cukup indah. Tak perlu pergi luar negara, asalkan hubungan keluarga bertambah mesra dan rapat.
I LOVE MY FAMILY SO MUCH <3

Monday, January 30, 2012

Oyeahh Cuti lagi!

Setelah 2 tahun x bercuti ngan 1 family (last sekali tahun 2009 gi Pangkor)..kali ni kitorg bercuti lagi!! Destinasi kitorg pada kali ni ialah Taman Negara Pahang! So pada 21hb Jan 2012, kitorg bertolak dari umah kak Yana (Gombak) pukul 8 pagi. Memang jam lah kan sebab CNY! Kitorg gerak 2 kereta; MyVi(aku, Cujer, Syuna, Kak Baitie),Saga (Syuta anak beranak,Abg Hanil,mama papa)..
Mama papa semua stop kt RnR Genting Sempah, Kitorg pulak kt RnR Petronas tepi jalan tu. Punyelah banyak kereta.. kitorg stop breakfast (dlm pukul 10.30am)..
aku makan mee goreng suku + macaroni separuh.. diorg pon amek lebih kurg cm aku gk.. tp ade ke patot org cashier tu kire mee RM3.50, macaroni RM4! dia x tgk pon amount yg kitorg amik! CILAKAK!.. 4 orang makan RM30! WTF! makan sikit je kot! sumpah x nak makan situ lagi!*geram nie*

Okay, dipendekkan cerita kitorang sampai kt Taman Negara pukul 2pm macam tu.. Jalan nk sampai sana punyelah jauh.. macam nk ke Sungai Lembing..Di sini lah destinasi terindah kami!




Semua dah kebulur.. kat situ semua restoran terapung.. memang excited gile nak makan! hehe. Ni lah restoren yg kitorg lunch, lauk dah habis.. tinggal sikit jer.. tapi x pe cukup untuk kitorg 1 family..


Lepas makan,kitorang kena amek bot dekat restoren yg lain untuk ke resort kitorg.. jadik kitorg pn angkutlah barang2 yg banyak ni ker restoren seterusnya. agak jauh la. 5 minit jalan kaki.Sampai sudah restoren ni..


Dah ada 1 bot yg menunggu.. wahh bestnya! barang2 semua letak kt depan bot.. then perjalanan bermula.. gambar bawah nie gambar2 yg diambil sebelum n ketika bot berjalan!Ada perkampungan orang asli, terkejut aku bila nampak orang asli.. diorg macam Niger! 1st time kot nampak org asli kt Malaysia ni yg warna kulit lain cm org asli lain.. *maybe byk lg tp aku mmg x penah tau* kagum aku! teringin nk tau percakapan diorg macam mane..





Yeay!Sampai sudah kat tempat tido kami! Nusa Holiday Village! dalam 10 minit naik bot baru sampai sini. Cantik betol view dia..! teros kami check-in..
yg nie jambatan gantung ke tempat check-in n chalet2. mmg cantik.. ade sungai yg teramat cantik..!




Okay, mama papa, kak eta n abg hanil n anak2 1 bilik.. MH17, kitorg lak bilik MH18.. sebelah2 jer, ade pintu tengah yg menyambungkan bilik kitprg. hehehe. sampai je bilik semua rest.. aku tido bawah amek extra bed sebab katil ade 3 jer. huhu. petang tu kiorg x buat aktiviti apape pon, cume aku, kak yana, abg azir, kak baitie n mama main teka2 tajuk lagu. hahaha. memang kecoh habis petang tu. Seronok!

Malam pulak kitorg order makan dekat Nusa Restaurant. Lauk2 n makanan diorang memang sedap..! Air2 diorang jer yg tawar, x sedap langsung.
Suasana kelaparan menyelubungi kami..


Lepas makan, ingat kn nak join night walk, tp ktorg rase malas pulak sebab RM20 seorang untuk 1 jam, lagipon petang tu ujan.. so trek licin n banyak pacat! hihi. So aku, abg azir, kak yana, kak baitie, mama papa main Scrabble.. kt restoren tu jugaK! hehe. Tapi mama papa jadik penyumbang ayat kitorg jelah. kikiki.


Haa lupa pulak, kat chalet kitorang ni x de line handphone tau. Maxis jer yg ade line, Celcom + Digi memang xde langsung! Bilik kitorg pon xde TV, sebab tu kitorg main nyanyi2! hehuhohe

22 Jan 2012
Bangun !!! Bangun!!! Pukul 8 pagi kitorang semua dah bangun n siap2 untuk pergi Jambatan gantung.. Breakfast dulu,beginilah suasana pagi yg indah lagi permai!


then pukul 9.15am kitorang naik bot pegi main point kt Taman Negara.
Bergambar lagi sebagai kenangan.. :)




Kena beli permit dulu sorang RM5 untuk naik Titian Canopy. Kitorang nak sampai kat Canopy Walk tu kena jalan kt trek.. 1.1km!








dalam perjalanan tu kitorg nampak 1 pokok ni besar gila.. kagum! tapi aku tau ade pokok lg besar dari ni, cume dlm hutan ni maybe yg terbesar lah kot..


trek kitorg memang macam nie. berakar2 kayu + licin sebab hujan malam tadi!
So kitorg gerak slow saje sebab papa mama x biasa masuk hutan ni. kesian kt diorg.


Trek licin sangat2 .. sampai papa jatuh! sian papa, tangan papa dah la memang sakit, terjatuh terhempap tgn tu, lagi lah sakit!mmg bahaya trek tu, mencabar habis! sebelah kitorg gaung! Dalam hati aku asyik berdoa jer biar mama papa okey, aku jatuh xpe, asalkan jangan diorang.. Alhamdulillah kitorg smpai jugak kt Canopy Walk.. tp 1 hal lagi.. Ramai gila orang! kitorang kena register nama & tunggu turn untuk naik jambatan gantung tu.. yela mane boleh naik ramai2 kan, 4 org jer 1 jambatan. So turn kitorg lg 1 jam.. lame sangat! Finally our turn has come! :D






Pengalaman masa naik jambatan gantung memang best! dia banyak perhentian.. yela 500 meter kan, makin lama makin tinggi jambatan nye. aku x gayat langsung! anak2 buah aku lagi la laju jer jalan nye.. gembira mereka..! hehe.
part ni paling best. Tangge! agak gayat di sini..!

Curam kan? dah la goyang2. tapi best! hahaha.

Ehem lupa pulak, masa kitorg dah sampai kt tower tu, pakaian orang2 lain semua CLEAN & CLEAR! x comot macam kitorg, diorg cool jer pakai SELIPAR yang bersih xde kesan lecak! Rupanya ada 2 jalan untuk reach tower ni, 1 jalan yg kitorg lalu ni lah,yg penuh ranjau duri *heheheh* , 1 lg jalan sungai! naik bot, org tu hantar kn dkt tmpt yg paling dekat, cuma naik tangge je then smpai lah kt tower ni! CEHHH.. abg hanil saja jer nak bg experience kt kitorg. hihihi.

Lepas tu kitorg turun balik ikot jalan mudah . sebab x larat nk lalu trek tu balik, sian mama papa. Kitorg mmg dah lapar gile.. sbb dah pukul 1.30pm dah.. so kitorg menunggu bot yg sudi pikap kitorg..


akhirnya sampai jugak kitorg kt bilik masing2. bersambung next blog.. *penat*