Total Pageviews

Wednesday, April 10, 2013

Subhanallah..

Baru nak lelapkan mata.. Sebelum nak tidur biasalah check FB jap.
Terkejut tengok kawan-kawan share status tentang Kesavan, classmate BKG aku.

"Belasungkawa dan takziah. Dukacita dimaklumkan bahawa pelajar FKKSA Kesavan Arumugam KC10022 telah terkorban di dalam kemalangan jalan raya di Runchang, Pekan Pahang. Saya baru dimaklumkan oleh Unit Forensik Hospital Pekan dan Balai Polis Pekan sebentar tadi."
Status Encik Najib. (Felo KK4).

Ya Allah, hilanglah sudah satu classmate aku. Rasa macam tak percaya.
Bila dengar berita ni, aku rasa sedih tiba-tiba.
Sedih bila terfikir mungkin aku lepas ni.
Ajal maut dimana-mana. Tengah tidur pun kalau ajal kita dah sampai, maka malaikat pun akan menjalankan tugas mencabut nyawa kita.
Astaghfirullahal-a'zim.....


Terus aku tersedar, aku ni amalan tak banyak, selalu leka, lalai, alpa dengan duniawi.
Tak sedar tak ingat pun pasal mati. Tak terfikir pun saat-saat terakhir aku. Takde pun amalkan "DzikrulMaut".
Kalau tiba-tiba ajal aku sampai.. Astaghfirullah. Aku tak boleh nak bayangkan macam mana.
Aku hanya mampu berzikir sekarang ni. Terlalu alpa dengan dunia.
Berita malam ni betul-betul mengingatkan aku tentang maut.
Bersyukur, bersyukur sebab dengan kematian, aku dapat tersedar tentang kealpaan aku, tp dalam masa yg sama, aku bersedih.
Sedih kehilangan kawan yang aku kenal. Walaupun tak rapat, tapi 1 BKG kan. Still terasa & still terkejut.
R.I.P Kesavan..

Dan aku, Ingatlah.. Jangan terlalu alpa dengan dunia.
Banyakkanlah amal ibadah.. selawat, zikir kepada Allah & RasulNya.
Semoga Allah mengampunkan kekhilafan & kealpaan aku. Amin ya Rabbal Al-Amin..
Jum Zikir sama-sama..


No comments: