Total Pageviews

Wednesday, April 10, 2013

Subhanallah..

Baru nak lelapkan mata.. Sebelum nak tidur biasalah check FB jap.
Terkejut tengok kawan-kawan share status tentang Kesavan, classmate BKG aku.

"Belasungkawa dan takziah. Dukacita dimaklumkan bahawa pelajar FKKSA Kesavan Arumugam KC10022 telah terkorban di dalam kemalangan jalan raya di Runchang, Pekan Pahang. Saya baru dimaklumkan oleh Unit Forensik Hospital Pekan dan Balai Polis Pekan sebentar tadi."
Status Encik Najib. (Felo KK4).

Ya Allah, hilanglah sudah satu classmate aku. Rasa macam tak percaya.
Bila dengar berita ni, aku rasa sedih tiba-tiba.
Sedih bila terfikir mungkin aku lepas ni.
Ajal maut dimana-mana. Tengah tidur pun kalau ajal kita dah sampai, maka malaikat pun akan menjalankan tugas mencabut nyawa kita.
Astaghfirullahal-a'zim.....


Terus aku tersedar, aku ni amalan tak banyak, selalu leka, lalai, alpa dengan duniawi.
Tak sedar tak ingat pun pasal mati. Tak terfikir pun saat-saat terakhir aku. Takde pun amalkan "DzikrulMaut".
Kalau tiba-tiba ajal aku sampai.. Astaghfirullah. Aku tak boleh nak bayangkan macam mana.
Aku hanya mampu berzikir sekarang ni. Terlalu alpa dengan dunia.
Berita malam ni betul-betul mengingatkan aku tentang maut.
Bersyukur, bersyukur sebab dengan kematian, aku dapat tersedar tentang kealpaan aku, tp dalam masa yg sama, aku bersedih.
Sedih kehilangan kawan yang aku kenal. Walaupun tak rapat, tapi 1 BKG kan. Still terasa & still terkejut.
R.I.P Kesavan..

Dan aku, Ingatlah.. Jangan terlalu alpa dengan dunia.
Banyakkanlah amal ibadah.. selawat, zikir kepada Allah & RasulNya.
Semoga Allah mengampunkan kekhilafan & kealpaan aku. Amin ya Rabbal Al-Amin..
Jum Zikir sama-sama..


Saturday, March 30, 2013

Thailand (Day 1)

90 orang student UMP termasuk aku join Program Mobiliti Antarabangsa di Thailand. Weehoo. Excited ni 1st time nak g Thailand, kalau x asek-asek Brunei, Singapore, Brunei, Singapore. huhu.

Ok so Khamis malam, 21 Mac 2013, kami semua berkumpul di JHEPA dulu, lepas tu naik bas masing2. (ada 3 bas; 1 kebudayaan, 1 kesukanan, 1 lain-lain) For sure lah aku n dak2 SPR UMP naik bas lain2. hehe.

Dalam pukul 10 malam bas kami gerak, kul 6 pg selamat sampai di masjid kat Bukit Mertajam. Solat Subuh kat situ, then terus g Wang Kelian. Kul 10 pg sampai kat Wang Kelian, jalan nak ke situ curam seyh. Berbukit-bukit. Stop makan kat situ, macam ada 1 perkampungan Thailand kecik. Tp still dalam Malaysia lagi. Order makan n minum. Lameeee tunggu. dalam 30 minit baru dapat air. aku order air teh o ais. Memang betul2 rasa teh o. Pekat. huhu.

Okey lepas tu sampai lah kami di Imegresen,
sempat suh org tangkap gambar. hehe.

.
Bendera Malaysia, Thailand, Perlis.

Lepas kastam Malaysia, masuk Thailand punya kastam. kat sini lama kena tunggu, tp dalam bas jela. Datang lah makcik2 Thailand jual keropok 3 RM5.. hehe.

Pemandangan dari atas bas.

Lepas segala urusan rasmi (passport lah kan), kami pun gerak ke Pekan Satun,(orang2 Thai melayu panggil Setui).
Sampai pekan dalam kul 12pm waktu Thailand (Thai lambat sejam). Budak2 lelaki g solat Jumaat kt Masjid. Aku, Maam, kak Fina, Syafiqah g carik toilet kat bangunan Municipality. Dalam toilet tu tiba2 seorang makcik cleaner ni cakap Thai dgn aku, aku angguk2 jela konon faham. lepas tu dia keluar, lepas tu dia masuk balik, cakap thai lagi dengan aku. Aku cakap aku ni Malaysia..
terus dia cakap "La awat tak habaq" haha memang kami semua tergelak dalam toilet tu. Yela x sangka beliau pandai berbahasa melayu. hehe.
Jamban dia semua comel2 camni.


Lepas diorang habis solat, kami stop di gerai makan, makan dulu.. tukar duit..

beratur beratur..

dengan adik Syed Firdaus.

Sesi pertukaran duit

Kayo makcik Kayo.

Next, kami tiba di Tammalang Port pada pukul 3 Thailand, sejam stop situ, semayang, tangkap2 gambar. (lagi)


Berseri-seri muka masing2 lepas solat. haha.
Okey, time to go to Kampung Satun!!
bas kami stop di satu lagi jeti . (Naik bot tuuu g jumpa family angkat)
Kami semua naik bot kargo.

Pemandangan atas bot. Bukan selalu dapat naik bot ramai2 camni. :)
Sampai je kat Kampung Tammalang, kami di sapa oleh orang2 kampung yang sangat peramah, baik hati, dan murah dengan senyuman.
Letak beg dekat rumah pakcik ni, pakcik ni cerita tentang asal usul nama Tammalang.
Pakcik ni cakap Kampung ni ada banyak helang, (atas bot pun aku nampak 2 ekor helang tengah terbang), jadi orang2 kampung ni tambat helang. Bila orang tanya apa nama kampung ni, spontan jadi Tammalang, gabungan tambat helang. Lebih kurang macam tu lah yang aku ingat pakcik tu gtau aku.
Seronoknya semua orang kampung cakap utara, sebelum g Thailand ni aku dok prektis nak Wai-wai orang lah, cakap siam lah, last-last bahasa utara jugak :)


Kami pun dibawa ke padang sekolah, adik-adik duk tunggu kiri kanan, dan kalungkan bunga ke leher kami, sepanjang perjalanan nk masuk ke padang tu ada bendera Malaysia & Thailand, terasa dialu-alukan. :)


Aku & Marham dapat 1 family angkat, so kami pun ikut pakcik ni balik rumah dia.. Sampai je rumah dia kami kagum sangat. Rumah batu, bersih, selesa sangat. Duduk borak-borak, pakcik bahasa kan diri dia 'Ayah' , makcik bahasakan diri dia 'Mak'. Comel sungguh. Yela ni 1st time dapat family angkat, excited sikit.
Mak n ayah baik, peramah sgt. Kami dapat 1 bilik comel, katil queen dalam tu. (Nak post gambar tapi rasa x molek pulak, so biarlah dalam simpanan aku jek)
Malam tu mak hidangkan udang Lipan, dengan asam pedas, ulam-ulam..ikan goreng.. Ya Allah sedapnya lauk2 tu..
Mak ayah tolong kupaskan kulit udang lipan kat kami, 1st time gak aku tengok & makan udang lipan. Shocking news nya aku x allergik walau sedikit pun, padahal aku ni memang allergik seafood!
Mungkin sebab terlampau fresh so badan aku boleh terima :D Ayah siap tambah 3 pinggan lagi, mak cakap ayah seronok dpt anak baru. :)
Anak-anak Mak ayah ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang 1st & last dah kahwin, yg no.2 askar, abg 'Aq. Abg 'Aq ada kat rumah tp dia pemalu sgt. Ank mak yg last tu umur 21, tp kawin dah. Kamal nama dia. Malam tu Kamal(Adik) dtg dengan wifey. Wifey dia cantik nyaaaaa. Macam artis Filipin! Tak jemu aku duk tengok muka wife dia. Hehe. Faridah nama dia. Tp Faridah tak reti sgt cakap utara. So agak susah kami nak communicate. Mak pulak x reti sgt cakap siam. :)Malam tu Maksu pun datang dengan anak maksu, Mimie, dengan anak Mimie, Naufan. Bila aku tengok muka Naufan aku teringat kat someone tp aku x pasti siapa. Bila lama2 aku belek, baru aku teringat sebijik muka adik Ijoy. Cuma adik Ijoy 6 tahun, Naufan 3 tahun. dua-dua debab. hehe. Seronok borak-borak dengan family baru. Malam tu memang kami kekenyangan, pukul 9 lebih dah masuk tidur.. Sebab esoknya kena bangun awal, buat playground...

Tuesday, March 19, 2013

Konsert 5 Legenda

Pagi Sabtu, 16 Mac 2013 :

Aku pergi rumah Kak Yana (kakak no.2) kat Gombak. Dia tunjukkan iklan Konsert 5 Legenda kat paper, Konsert tu kat IB (Istana Budaya). Plan nak g malam Sabtu, tapi aku ajak dia g Genting Highlands. So hari Sabtu kami dihabiskan di Genting!! :D

Pagi Ahad, 17 Mac 2013 :

Bangun tu plan nk g Genting balik main outdoor pulak (sebab semalam main indoor je). Tapi kak yana ajak g konsert. So Abg Loutfi naik superbike dia g IB beli tiket. Yeayy tiket ada lagi!! Seronok! Dapat diskaun 20%. Sepatutnya RM70, dapat RM60.40. Ni lah tiket kami! Show malam pukul 8.30pm.


Malam tu..


Seronok, excited, sebab aku memang layan lagu2 rock lama ni. Thanks to Ain Safezah yg hari2 nyanyi lagu2 lama ni depan aku time form 4 dulu sampai lah aku suka lagu2 lama ni. haha :) Okey, bila show start, aku nampak Zamani belakang tirai, atas motor Harley Davidson. Memang menjerit lah aku, (bukan aku jek, crowd lain pun). Lepas tu tirai pun diangkat... masuk lah Ali TerraRossa dengan superbike jugak. Perghh gamat habis! Next Aris Ariwatan masuk naik superbike, lepas tu Rahmat Mega, aww hensem nya beliau!Lastly Salim masuk naik van. haha.

Ok show is started! Rahmat Mega perform dulu, lagu Bayangan Gurauan, awww sedap nya suara beliau LIVE, lagi sedap dari dengar kat tv @ radio. Lepas tu beliau nyanyi lagu Pasti.(Tak ingat lagu apa lagi). Next Ali Terrarossa. Weehoo. Rock sejati dah keluar, 1st lagu dia nyanyi lagu Teman, lepas tu Semangat yang Hilang, lepas tu Sakinah. Memang gamat 1 hall nyanyi dengan dia. Best woo. Suara dia pun tiptop! Lepas beliau keluarlah Aris Ariwatan, lepas tu Zamani, beliau sungguh pemalu. Lastly Salim. Lagu Ganu kita pun beliau nyanyi. He's truly a performer. Habis 1st round...

2nd round pulak, Aris Ariwatan nyanyi dulu. Lagu Ngajat vs. Tango. Lepas tu lagu 1234, beliau nyanyi dengan anak beliau, (Mohd. Nabil Fikri) aww sgt comel. Habis beliau, Rahmad pulak, He's truly handsome and truly an entertainer. Lagu Takdir dan Waktu memang awwwww lah. haha. Next, Zamani pulak, kali ni beliau masuk dengan bawak lukisan free. Ada sorang bertuah ni dapat.. Sedih aku x dpt gambar dia. hehe. (tapi dapat amek gambar ngan dia woo). Zamani nyanyi lagu Kembali terjalin dgn Nur kasih, dan Syair Si pari-pari.
Ali TerraRossa pulak nyanyi lagu Bunga Angkasa, wow!!! Finally Salim, nyanyi lagu Trilogi Cinta & Suci dalam Debu.

Seriusly sepanjang show enjoy sgt dengan diorang. Berbaloi dengan harga tiket. Memang berbaloi.
This is them, our LEGEND!


Habis je show kami makan kat SANY Char Kuey Tiaw, lepas makan tu Kak Yana ajak g IB balik, mana lah tau dapat tangkap gambar dengan Legend2 tu.. (Kitorang aim Zamani ngan Rahmad je sebenarnya) hehe. Tak sangka lak memang rezeki lah,, kebetulan Zamani tengah tangkap gambar dgn 1 family ni. tiba2 datang Rahmad masuk sekali! wahh dengan excited nya kami bergambar! :D


Memang sampai sekarang terdengar2 lagi suara diorang. :D

Friday, February 1, 2013

Its been awhile....(Motivational)

Lama dh x update blog ni. Tak sempat. Yelah sekarang ni busy manjang. Kalau busy buat bisness takpe gak. Ni busy layan movie...movie..dan movie. Banyak sgt kacang yg aku x lepas2 kan lagi ni. Susah betul jadi aku. Susah nk jadi org yg susah supaya akan datang aku senang. Yang aku tau nk senang tanpa perlu susah. Memang susah aku nk berjaya kalau aku still perangai macam ni.

Dah masuk tahun 2013 dah ni, aku hanya mampu baca kejayaan orang2 lain, dan cakap "Untungnya mereka," sedangkan aku tau mereka berjaya sebab mereka berusaha, takde makna 'free time' or 'enjoy' untuk mereka. They have their own target to achieve their goals in life! But me? Complaint, merungut, berserah, then stop. Ya Allah sampai bila aku nk jadi cmni?

Susah bila jadi seorang yg xde goal, takde matlamat. Kalau ada pun risau untuk beberapa jam, lepas tu dah lupakan masalah2. Yes, thats me!

All I need to do now is to read more on motivational books. Almost everyday I have to read so that I can become the right person at the right place and the right time.

Cita-cita angan-angan ada tapi motivational takde so macam mana nk berjaya? Semua orang yang berjaya start dari bawah, unless kalau mak bapak memang kaya. Tp tu lain cerita lah.

Bila satu 'kacang' aku dh jauh, 'kacang2' lain menggoda, menghasut. Yang aku ni jenis lalang. Takde pendirian. Its really hard to be me. Kadang2 aku sampai terfikir untungnya jadi orang yg boleh fight depan2..yg sampai hati sound orang depan2..yg boleh fight pertahankan diri. Yg boleh bangun terus bila jatuh..yg boleh ekspresskan kemarahan.. Aku boleh jadi semua ni, kalau benda2 tu terjadi kt kawan2 or family aku. Kalau kena kt diri aku, aku akan senyap, marah kat facebook, tp dlm 1 jam then ckp "ala biarkanlah.." whatthe....

Tp kalau kena kt org sekeliling aku, kemain lagi aku pertahankan hak diorang. Thats my problem. I care about others matter more than I care about mine! Kira busybody la aku ni. Sampaikan semua tu jadi 'kacang' aku. Yang x patut pn ada dlm fikiran aku. Aku pun x passionate..tak persistence..tak positive.. Tak pleasure.. So macam mana nk jadi icon utk org lain???

Ya Allah, all I need now is strength. To fight for myself, to achieve my goals, to be another successful woman, to not be me in negative way. To be a hardworking person until I reach the top. To throw all my negative behaviour so that I can move on with positive ways in my life. Ya Allah, please make all my wishes come true. Amin.

Aku tulis entry ni untuk memotivatekan diri aku. So bila aku rasa down atau malas aku boleh baca balik then semangat balik kt diri aku ni. Amin.

Monday, August 20, 2012

SELAMAT HARI RAYA!

Hai Selamat hari raya, saya ucapkan kepada semua rakan & taulan. (:
Okay, mula-mula time nak masuk bulan puasa, terasa agak lambat walaupun sebenarnya cepat. Tapi bila dah masuk 1st day puasa, tup tup tip tap tup tap dah RAYA!!

WHAT??! Ya Allah, sekejapnya. Terasa tak puas lagi buat amal ibadah dalam bulan Ramadhan. Setahun sekali jek, tapi dah habis dah :(

Tapi takpa, kita kena raikan hari kemenangan dengan penuh kesyukuran, bukan dengan berlebih-lebihan.

Nak tau tak, tahun ni first time seumur hidup aku selama 20 tahun 8 bulan ni, aku pergi SOLAT SUNAT AIDILFITRI :) Kau orang semua mesti tiap2 tahun pergi kan. Aku ni, baru lah nak belajar pergi masjid sembahyang raya. Kalau tak dulu bangun pagi jek tolong mama kat dapur siap2 pakai baju cantik, mekap. Ish, tak matang, tak matang ;P
Tiap2 tahun kakak aku ajak pergi ngan dia, tp aku tolak.. ish3 T_T

Okey, memang rasa bersyukur sebab dapat merasa solat sunat hari raya. Aku sembahyang dekat masjid Melaka, dekat MITC tu. Tak tau apa namanya. Tepat pukul 7.45am kami (family) sampai kat masjid. Parking lengang, tp abg ipar aku park tepi jalan, tak masuk area masjid. Aku yg tak pernah tau suasana pagi raya kat masjid pun tanya lah kenapa park jauh, kan dalam banyak kosong?

Papa cakap nanti kereta banyak, kalau park dalam susah nk keluar nanti. Aku pun ooooooooooo... :)

Lepas sembahyang raya, balik rumah, tukar baju raya, siap2 pakai cantik2, then makan. Lepas makan baru salam raya, tangkap2 gambar.

Sobs, sedih time bermaaf-maafan ngan papa, semua ni mama la start nangis dlu, sedih tau T__T


Ngan mama pulak, Halalkan makan minum pika ye papa mama. [:

Selepas, hehehe.

Our family,

Bestnya Ajim dapat baju dari Nenda.. (:

Saudara-mara..





Ni lauk mama masak, all by herself. Aku tolong sediakan rencah aje..

Nak dijadikan cerita, pada Jumaat 2 hari sebelum raya, Zarif Hazim (anak buah aku yg kecik yg pegang baju Smurf Oren tu) demam, muntah2, cirit birit. Sebab Khamis semalamnya tu aku, mama n kak Ita pergi Alam Sentral shopping2, bawak Ajim, tgn dia mungkin kotor then masuk mulut, so kuman lah kan. Lepas tu pagi Sabtu kakak aku bwk dia pergi klinik, muntah2 dah takde tapi still cirit-birit sampai melecet celah kelampang dia.. Sian, macam kesan terbakar. Sebab asid kan najis tu. Pakai pampers pulak tu.

So malam hari raya pertaman tu (Ahad malam), makin teruk Ajim berak2, kakak aku bawak dia pergi Hospital Pantai. Dia kena tahan wad. Kena masuk air..







Sian dia kan kena tahan wad. Tapi bagus jugak, at least dia dijaga rapi & cepat sembuh. Doc cakap dia kena VIRUS ROTA. Nasib baik kakak aku cepat bawak hospital, sebab virus ni boleh membunuh. Astaghfirullah....Time kitorang datang melawat dia, bukan main suka lagi dia.. Happy dpt jumpa kitorang. lagi2 tangan dia kena balut tu, dia cakap macam robot Transformers, boleh tembak2. hehe. Yang penting dia dah sihat sekarang. Alhamdulillah. (:

Raya tahun ni memang bermakna dari sebelum2 ni. Dapat nikmati banyak pengalaman pahit manis. ^_^












Sunday, July 22, 2012

BELANJA!

Okay, bila kau orang semua dengar pasal perkataan BELANJA, apa yang kau orang mula-mula sekali fikirkan??

Bagi aku, BELANJA ni satu perkataan yang aku CUKUP-CUKUP BENCI nak dengar.
Semua ni gara-gara bf aku, dia memang pantang kalau aku sebut perkataan BELANJA dekat dia. Sampai dia 'chop' orang-orang Melayu ni memang suka dengan perkataan BELANJA. No offense yeah (:

Sebelum ni, aku pun sikit-sikit suh kawan aku BELANJA, even main-main.. Even aku gurau2, tapi ayat "belanjalah..hehehe.","Kau nak belanja aku ke?" , tu mesti keluar dari mulut aku. Sampai lah aku kenal ngan bf aku ni, bila aku gurau2 suh dia BELANJA aku, dia marah gils babs wa cakap lu..

Bukan dia tak bayarkan makanan aku, dia bayar, cuma dia tak suka aku guna perkataan BELANJA. Yelah, kata bf, haruslah dia yang bayarkan makanan aku time tu kan, so dia cakap tak ada istilah BELANJA-MEMBELANJA ni. Lepas tu dia pesan, kalau dengan kawan2 pun jangan duk sebuk suh diorang BELANJA walaupun niat kita main2 je. Dia kata tak elok perangai macam tu.



Ramai dah kawan2 Melayu kita ni asal contact je, mesti keluar ayat .."Weh, belanja lah aku, kan kita dah lama tak jumpa." .. tak pon, "Kau nak ajak aku minum? Kau nak belanja aku ke??" betul tak guys?? Mesti punya dalam keadaan tak sedar kita sebut perkataan BELANJA ni. Macam dalam pic atas tu lah, cuma org putih je gambar tu, cakap BM :P Aku pun macam tu jugak, cuma sekarang ni dah tak berapa nak sebut lah. (baru aku tau buruknya kalau kita guna ayat camtu kat kawan2 kita)

So, istilah BELANJA ni macam dah jadi habit tau dalam kalangan kita orang2 Melayu ni. Sebab tu lah kita tak sedar keburukan kita sebut ayat BELANJA ni. Orang yang mendengar sampai naik muak dah dengar kita asek2 suh BELANJA je. Naik muakk..

Aku pun, skang ni bila ada member2 aku suh aku BELANJA, memang rasa nak lempang je, tapi tak boleh lah camtu kan, sebab dulu pun aku macam tu. Diorang maybe tak sedar lagi ayat tu sebenarnya tak sopan, so kita tak boleh nak marah orang tak tentu pasal. Sampai skang aku rasa segan bila terlepas cakap suh kwn aku belanja.. T_T

Napa aku asek cakap ORANG MELAYU SAHAJA? Cina? India? Benggali?

SEBAB, setakat ni semua kawan2 aku yg selalu sebut perkataan BELANJA ni adalah orang MELAYU, termasuk AKU! hahaha. Kwn2 India aku ada lah seorang dua asek suh BELANJA, tapi minoriti lah. Yang aku sebut pasal majoriti kan. Jadik jangan lah lepas ni nak kutuk2 aku cakap aku ni tak sedar diri yang aku ni Melayu lah itu lah ini lah.

Well hello, kita kan negara demokrasi, suka hati aku lah nak taip apa dalam ni. hahaha :P

Cuba korang fikir2 kan balik, tak ke annoying bila kawan kita bila call je suh belanja, bila kita nak ajak jumpa je dia suh belanja. Annoying gila beb!! Walaupun kita tak belanja betul2, tapi menyampah kot bila asek dengar dia suh kita BELANJA je. Ingat aku ni anak DATUK ke apa? hahaha.


Lagi satu, cuba kalau kawan kita betul2 nak belanja, kita cakap gurau2 je kan dengan dia. Tapi time jumpa kita bawak kawan2 kita jugak (macam dalam gambar ni kan), tak ke terbatal niat dia nak belanja korang? haa korang jugak yang takde rezeki. Kikiki. Jangan ingat semua orang boleh terima ayat BELANJA tu dengan gurau2. Ada yg anggap benda tu serius, so sama2 lah kita berfikir dengan lebih RASIONAL, okay? ^^

So nak pesan2 sikit lah, kalau boleh kurangkan lah ayat BELANJA bila kita komunikasi dengan kawan2 kita. Nak suh belanja boleh, tp berpada-pada lah, jgn lah setiap kali ajak jumpa setiap kali kau nak suh dia BELANJA kau, walaupon dia tak belanja. Akai ada, pikiaq sendiri baik buruk. Aku cuma nak nasihat je kat korang and kat diri aku sendiri jugak..
Sebab aku tak PERFECT!

So sama2 lah kita mengubah diri kita ke arah lebih baik .. :P

Wassalam (: