Total Pageviews

Friday, December 16, 2011

METEOR!

Erm.. Mase nie hari Khamis, 15/12/2011.
Pukul 2.00 a.m.
Kak Fina ajak aku pegi McD.
Naik kereta Ijoy, sebab aku pinjam petang tu x pulangkan lagi.
So, pinjamlah untuk malam2 teros. hihi.
Aku ajak gak ijoy & ejad gi mcD, tp diorg kempunan nasik kukus,
so diorg tolak pelawaan aku (rugi siot diorg) haha.
Maam n Nisha dah pengsan berdengkur dah, nak kejut tp kena marah *ade orang mamai* haha.
Then masa kt court depan C1, kitorg nampak ramai student cina dok baring kat lantai court tu tengok langit, bukan setakat kat situ jer, dekat tempat2 mesin senaman *ala yang free kat taman permainan tu* tu pon ramai gk.
Dengar2 hujan meteor mlm ni..
waaahhh..
Tapi aku kempunan mcD lagi time nih..

Then bila smpai kat mcD, kami pon beli la curl fries + mcFlurry.
memang sedapp tapi curly fries agak masin disitu.
Lalu aku cecah dengan aiskrim dan menjadi sedap! :D

Eh eh, larik topik lak nie.
So lepas makan asikrim tu, kitorg lepak tepi pantai,
Saja nk tgk ombak..
langit cerah sangat time tu..
nampak bulan, bintang.. banyak!
Kitorg mula mencarik METEOR!..

Tiba-tiba...

Fina : Eh pka, akak nampak meteor!! (dengan nada sangat excited!)
Aku : eh eh mane mane??? alaa x de pon?? (kecewa gile)
Fina : ade la, akak nampak dia turun laju jer, cahaye kaler biru. 1st time tu nampak, excited akak!

Dalam hati aku time tu "Ishh geram nye, asal kak fina nampak aku x nampak2 lagi ni??Ya ALLAH, tolongla tunjukkan aku meteor, aku teringin sangat nak tengok, dapat tengok sekali pon jadiklah Ya ALLAH"

Aku nak sangat tengok meteor ciptaan Allah tu, sebab tu aku doa banyak kali..

Dan x sampai 1 minit lepas aku doa..

Aku nampak 1 cahaya kaler biru kat langit! PERGGGHHH ..
Cantik tapi laju sangat!!
Aku suruh kak fina tengok tapi x de dah,
tiba-tiba muncul lagi 2 meteor macam tengah kejar-kejar.
Kali ni jelasss sangat warna biru nye, dan nampak besar!
Lebih kurang macam nie la meteor nye :)



Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak tengok meteor,
bukan dapat tgk sekali, 3 kali pulak tu dalam masa yg sama.

Perasaan aku masa tengok meteor 1st time tu, MEREMANG bulu roma.
X tau kenapa, tapi rasa seram sejuk + excited + bersyukur!

Sebab 20 tahun hidup kali pertama nampak kan.. Kalau aku amek kelas ASTRONOMI tu lain cerita lah kan memang selalu buat kajian. hehe.

Lepas tu, dalam pukul 4 lebih kitorg bergerak balik UMP, kali ni kak Fina yang drive..
Aku bukak tingkap kereta & sepanjang perjalanan aku tengok jer langit, mane la tau rezeki nampak lagi..

aku terlelap sekejap... then bile aku bukak mata jer, 1 meteor panjang lalu!
Kaler x berapa bright tapi panjang menurun ke bawah! Alhamdulillah nampak lagi :)
then bile nak sampai UMP pon nampak 1 lagi meteor (",)

total 5 aku dapat tengok, even member2 lain dapat tgk banyak dari aku tp aku x kesah pon, asalkan dapat tgk ye x?
hihi..
lepas tu hantar kereta kat kk2, then aku bercerita dgn excited nye kat ijoy.
haha tula jual mahal x nak ikot lagi, rugi rugi .. :P

Hope 23hb nie dapat tgk lagi meteor :)

No comments: