Total Pageviews

Sunday, July 22, 2012

BELANJA!

Okay, bila kau orang semua dengar pasal perkataan BELANJA, apa yang kau orang mula-mula sekali fikirkan??

Bagi aku, BELANJA ni satu perkataan yang aku CUKUP-CUKUP BENCI nak dengar.
Semua ni gara-gara bf aku, dia memang pantang kalau aku sebut perkataan BELANJA dekat dia. Sampai dia 'chop' orang-orang Melayu ni memang suka dengan perkataan BELANJA. No offense yeah (:

Sebelum ni, aku pun sikit-sikit suh kawan aku BELANJA, even main-main.. Even aku gurau2, tapi ayat "belanjalah..hehehe.","Kau nak belanja aku ke?" , tu mesti keluar dari mulut aku. Sampai lah aku kenal ngan bf aku ni, bila aku gurau2 suh dia BELANJA aku, dia marah gils babs wa cakap lu..

Bukan dia tak bayarkan makanan aku, dia bayar, cuma dia tak suka aku guna perkataan BELANJA. Yelah, kata bf, haruslah dia yang bayarkan makanan aku time tu kan, so dia cakap tak ada istilah BELANJA-MEMBELANJA ni. Lepas tu dia pesan, kalau dengan kawan2 pun jangan duk sebuk suh diorang BELANJA walaupun niat kita main2 je. Dia kata tak elok perangai macam tu.



Ramai dah kawan2 Melayu kita ni asal contact je, mesti keluar ayat .."Weh, belanja lah aku, kan kita dah lama tak jumpa." .. tak pon, "Kau nak ajak aku minum? Kau nak belanja aku ke??" betul tak guys?? Mesti punya dalam keadaan tak sedar kita sebut perkataan BELANJA ni. Macam dalam pic atas tu lah, cuma org putih je gambar tu, cakap BM :P Aku pun macam tu jugak, cuma sekarang ni dah tak berapa nak sebut lah. (baru aku tau buruknya kalau kita guna ayat camtu kat kawan2 kita)

So, istilah BELANJA ni macam dah jadi habit tau dalam kalangan kita orang2 Melayu ni. Sebab tu lah kita tak sedar keburukan kita sebut ayat BELANJA ni. Orang yang mendengar sampai naik muak dah dengar kita asek2 suh BELANJA je. Naik muakk..

Aku pun, skang ni bila ada member2 aku suh aku BELANJA, memang rasa nak lempang je, tapi tak boleh lah camtu kan, sebab dulu pun aku macam tu. Diorang maybe tak sedar lagi ayat tu sebenarnya tak sopan, so kita tak boleh nak marah orang tak tentu pasal. Sampai skang aku rasa segan bila terlepas cakap suh kwn aku belanja.. T_T

Napa aku asek cakap ORANG MELAYU SAHAJA? Cina? India? Benggali?

SEBAB, setakat ni semua kawan2 aku yg selalu sebut perkataan BELANJA ni adalah orang MELAYU, termasuk AKU! hahaha. Kwn2 India aku ada lah seorang dua asek suh BELANJA, tapi minoriti lah. Yang aku sebut pasal majoriti kan. Jadik jangan lah lepas ni nak kutuk2 aku cakap aku ni tak sedar diri yang aku ni Melayu lah itu lah ini lah.

Well hello, kita kan negara demokrasi, suka hati aku lah nak taip apa dalam ni. hahaha :P

Cuba korang fikir2 kan balik, tak ke annoying bila kawan kita bila call je suh belanja, bila kita nak ajak jumpa je dia suh belanja. Annoying gila beb!! Walaupun kita tak belanja betul2, tapi menyampah kot bila asek dengar dia suh kita BELANJA je. Ingat aku ni anak DATUK ke apa? hahaha.


Lagi satu, cuba kalau kawan kita betul2 nak belanja, kita cakap gurau2 je kan dengan dia. Tapi time jumpa kita bawak kawan2 kita jugak (macam dalam gambar ni kan), tak ke terbatal niat dia nak belanja korang? haa korang jugak yang takde rezeki. Kikiki. Jangan ingat semua orang boleh terima ayat BELANJA tu dengan gurau2. Ada yg anggap benda tu serius, so sama2 lah kita berfikir dengan lebih RASIONAL, okay? ^^

So nak pesan2 sikit lah, kalau boleh kurangkan lah ayat BELANJA bila kita komunikasi dengan kawan2 kita. Nak suh belanja boleh, tp berpada-pada lah, jgn lah setiap kali ajak jumpa setiap kali kau nak suh dia BELANJA kau, walaupon dia tak belanja. Akai ada, pikiaq sendiri baik buruk. Aku cuma nak nasihat je kat korang and kat diri aku sendiri jugak..
Sebab aku tak PERFECT!

So sama2 lah kita mengubah diri kita ke arah lebih baik .. :P

Wassalam (:




1 comment:

Azfariey said...
This comment has been removed by the author.