Total Pageviews

Monday, December 26, 2011

Sunday Leisure Hike =D

Hari Ahad yang dinanti2 selama beberapa minggu telah tiba!
Hiking di Bukit Pelindung, Teluk Chempedak.
Din amek aku, fina, maam, n azreen pukul 10.00 pg.
Naik kancil 5 org + brg2 yg padat. Tp okey lagi ni.
Singgah Giant beli barang2 mentah untuk BBQ; ayam, kentang, mushroom soup, sosej, susu, bawang, etc. banyakk.
Sumbat lagi dekat kancil yang dah penuh tu, memang lah kaki kitorg tersepit2 kan. haha.
Then sampai kat TC, jumpe yang lain2 dekat mcD.
Dalam pukul 12 kot start hiking.
X warm up x ape, teros naik bukit.
1stly, memang terkejot sangat sebab trek nye curam gile, tanah tgh basah lak tu *musim hujan kan*.
Aku yang semput nie, dah termengah2, cam biase la aku mesti jadik org last. haha.
Baru jer suku naik dah x larat da *x kuat stamina betol aku ni*.
Then time turn aku bwk beg,(kongsi 1 beg pack dgn fina n maam), budak2 laki nie x bg aku carry, si Zhafir, Azreen, Pian, Iqbal. Pian dah suruh aku bukak beg, aku ingat dia nk carry, tp dia bg kat Iqbal. haha. Thanx Iqbal ;)
Din ade pesan kalau kitorang dengar suare org jerit2 dari atas bukit maksudnya ade basikal nak turun.
Tak lame lepas tu ade geng mountain bike nie nak race. Dapat la kami tgk free show.
Ade budak tu form 1 lagi dah join, perghh memang terbaik mereka2. Kagum kitorang. :D


yang ni ade jalan dia, okey lagi. ada banyak jalan hutan yg betol2 curam, aku x sempat nk snap, dekat2 90 darjah gk kedudukannye. Perghhh...

Macam2 jadik kat aku time nie, 1st aku terjatuh sbb licin, dan aku nye punggung terhentak akar kayu. 2 kali siot.. memang sengal2 dah punggung aku skarang. Pali cakap kat aku, "weh kesian aku tgk kau, dua kali kau jatuh terhentak kat akar kayu," hahaha. Ade jugak perasaan simpati kau kat aku Pali :P
Then kitorg sampai dekat sini...


Best dapat rehat2 jap, tangkap2 gambar, macam2 aksi mereka2 nie.
Okey, sungai x jumpe lagi, So kitorg teroskan perjalanan carik sungai yg Din penah jumpe dlu.
Kali nie jalan memang bertambah curam, banyak kali aku tergelincir. Ade 1 part nie aku jalan then peha aku terlanggar pokok kayu, Demm memang sakit ah, lepas tu kaki aku lak pijak pokok2 duri.. adehh memeritkan!
Lepas tu lalu kat 'batu belah batu bertangkup'

Kat belakang kawan2 aku tu ada lubang kecik yang membolehkan kitorang seberang situ menuju ke sungai..
Then time lepas batu tu, kan curam kan, ade la pulak 1 pokok duri2 banyak gile macam kaktus tu kat tepi laluan curam, mule la tgn aku g pegang pokok tu sebab nak tahan dari jatuh.. OUCH! dapat bygkan x mcm mane sakit hati aku bile terpegang pokok tu. huuhuhu. lepas tu kasot Nisha yg aku pinjam pulak buat hal..
tapak bawah tercabot, sebab tu aku jatuh2 aku rase *alasan*
nasib baik aku beli selipar 10 hengget kat Giant, so aku pakai la selipar tu..
bila sampai sungai, alangkah seronok hidup :)
Memang sejuk dan fresh air sungai tu, siap minum2 lagi, then tangkap udang .. *tapi udang tu attack aku balik* hahaha.


main campak2 pasir *kerja si Marham, fina, Azreen, Din, & budak2 1st year* haha.
diorang solat zohor kat situ.
Lepas tu kitorg bertolak balik..dalam hati aku time tu..*Allah, tadi time nak dtg ke sungai nie bukan turun banyak curam ke? kali ni mesti la kena NAIK pulak kan?*
haishh.. lemah semangat aku, tinggi gila kot.
dah la berselipaR!
Bile tanah licin dah masok kat selipar aku, mmg licin lah.
So aku terpaksa bukak selipar! kaki ayam dalam hutan macam org asli :)
sambil2 jalan tu mulut aku asyik2 *ouch, adeh, adui, makk* jela..
lagi sekali, aku org last, untung lah Pali n zhafir sanggup jalan lambat2 tunggu aku (aku tau diorg terpakse), yg lain dah laju dah. bagus betol diorg ni. :P
Mase jalan bertiga dgn Zhafir n Pali, mase ni la Pali bukak cerita pasal tahun 2008 dia kenal aku, time aku form 5 kot. haha. dia 1 roomate dgn Adib Redzuan rupanye.
memang kecik sgt dunia ni kan??? seram aku. hehohuhe.

Setelah selamat sampai kat tebing sungai TC tu, diorg sorak2 *tension la tu aku lambat* hahaha. then tangkap2 gmbr. lepas tu pegi laut!! terjun main ombak!!


Lepas x berapa puas berendam*sebab kena angkat barang carik port bbQ*, kitorg pegi reramai angkat barang, then carik port jauhh nun lepas Hyatt Hotel tu..
Jauh! tp privacy. nampak la mamat2 cina foreigner lalu lalang tepi pantai pakai SPENDER jer. haha bapak sempoii.. kalau katang sedap jugak mate tgk. kikikiki. x sempat aku rakam diorg. :p

ombak kali nie memang besar, siyes x tau kenapa besar sgt ombak kali ni, angin mmg kuat, sejuk gile2, menggigil2 aku.

kemudian,aku, marham ngn fina membersihkan diri kami dlm toilet Hyatt Hotel. Memang best hotel tu :) Kitorang dah kelaparan, so kitorang share duit bedal KFC sikit. Sebab nak tunggu diorang bbQ mmg kebulur lah.. Bila dah magrib kitorg pegi balik dkt tmpt bbQ. Ombak mmg besar.. angin kuat gila, menggigil aku sebab sejuk sangat!

Malam pun menjelma..
Aku tengok diorang bbQ roti,ayam... Snap gambar makanan!




Lepas makan, *ayam x habis panggang semua*.. tetiba ombak naik hentam port kitorang.. dah la aku tengah x berselipar, hanyut selipar baru aku.. nasib baik sangkut dekat semak dekat2.. kalau jatuh dlm laut mmg menangis.. hahaha.
bayangkan port kitorang dgn air laut jauh jugak tau, selalunya ombak x kan sampai kat port kitorang tu, tp mlm nie.. mmg ganas ombak tersebut. :P
bila tempat kitorg dah basah, kitorang pon start packing brg utk balik.. sebab takot air naik. habis jer pack, datang 1 ombak paling besar padamkan api bbQ kitorang.. Perghhh nasib baik semua dah setel. mungkin kitorg bising kot, omabk tu marah :P
So kitorang pon balik ke UMP .. dgn keletihan dan kepenatan, tp best! :)

No comments: